Friday, June 7, 2013

Mak oh..mak..

Aku bukan lah menantu pilihan ibu mertua...aku yakin semua ibu mahu yang terbaik untuk anaknya dan dalam hal ini mak mahu suami sebagai anak sulong yang disayangi beristeri wanita sesempurna mungkin. Aku sedar status diri ku terdahulu dan tidak pula aku pernah terfikir akan menjadi isteri kepada anak Mak. Namun  Pada ku suami ku adalah anugerah yang dikurniakan Allah untuk menemani hidup ku, lantas aku terima dengan penuh kesyukuran yang tidak terhingga.
Tidak mudah untuk memenangi hati mak di awal perkahwinan kami. Bukan hanya mak, malah seluruh keluarga suami seolah-olah memandang rendah status ku sebagai seorng balu. Padahal zaman moden ni mak tak tau saham janda lagi tinggi dari anak dara. Tengok aje kat opis aku ni, anak dara ramai ramai yg tak kawin2 lagi, sedangkan aku dah 2 kali kawin.
Tapi mmg prinsip aku, just be myself and finally mak boleh terima aku. Mak mmg mertua yg baik. Setiap kali balik kg, cakap aje nak makan ape sure mak sediakan. Mak pun senang dengan aku. Orang kata mudah la nak ngam. Kalau idak takde la mak suke sgt bertandang di rumah kami di Seremban setiap kelapangan kami ke Seremban.

So tips untuk menjaga hati mertua:
  • Jgn sombong walaupun belaja tinggi
  • Rajin2 la tolong dia ke dapur bila perlu jgn pulak berlagak diva walaupun aku ni city gurl hockay
  • Kalau outstesen tu bawak la balik pe yang patut tanda ingatan
  • Beramah mesra dan amik berat pasal mak pak mentua
  • Merendah diri dan jgn berlagak kekwat dgn family mentu
  • Banyakkan berdoa semoga kita disenangi oleh orang disekeliling
Senang je kan!

Thursday, June 6, 2013

Abah, kaki dan hikmah

Pelik pulak rasa title entry ni. But the point is my father, who is actually diabetic suddenly fell down and fractured his leg. Unhealed for more than a month and finally the doctor decided to remove his leg to avoid any complications later. When i said remove as if his leg is detachable pulak kan. So should i say amputate as a better medical term to describe the removal of his leg?

That is one side of the story...
Suke ingatkan diri supaya look into this in a positive manner. Allah tdk akan menguji kita dgn ujian yg tdk dpt kita tanggung. At least it is a relief to see that abah stays positive and strong facing this ujian Allah. Despite of my family differences we are still united for one common goal to see abah recover and back on his feet. Setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya. In this case, if you ask me... i am glad to see my brothers and sisters are back together..at least aku azmi dan anas dah tegur each other....my relation with abah was always distant since i was a kid. At least i have a chance to mend this relation and let abah know that despite my stubborness i still care and love him becos he's the only father that i have